4 Golongan yang sentiasa dalam kerugian


Mereka yang telah mendapat hidayah Allah SWT

Gambar-gambar diatas menunjukkan kesungguhan beberapa golongan insan mulia di negara arab yang bersungguh-sungguh memperjuagkan Cahaya Allah SWT tanpa menyelitkan kepentingan peribadi dan pertubuhan tertentu tetapi apa yang mereka harapkan adalah pahala di Akhirat nanti.

Setiap masa Allah SWT menguji manusia dengan pelbagai cara untuk mengukur keimanan, ketaqwaan dan mengangkat darjat hambaNya. 4 Golongan yang sentiasa dalam kerugian tersebut adalah :

1- Mereka yang dikurniakan usia panjang tetapi banyak melakukan dosa dan maksiat.

2- Mereka yang alim atau berilmu tetapi tidak memanfaatkan tidak mengamalkan ilmunya untuk kebaikan diri serta orang lain.

3- Mereka yang Allah SWT berikan harta kekayaan melimpah ruah tetapi bakhil dan tidak mengeluarkan zakat, tidak menunaikan haji dan tidak bersedekah kepada fakir miskin.

4- Mereka yang berkuasa tetapi tidak menggunakan kekuasaannya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperjuangkan hak ( kebenaran ) , nasib dan kepentingan umat Islam demi menjana keamanan serta kesejahteraan hidup.

No comments:

Post a Comment